Arakian tersebutlah
kisah sebuah kerajaan yang wujud di tengah-tengah Kepulauan Air Force. Negaranya yang aman lagi maju hasil pembentukan
Sultan Abd. Halim bin Athan yang sentiasa memerintah dengan adil lagi
bijaksana. Anakandanya yang bernama Putera Mohd Fairoz bin Bashir, Putera Norkefli bin Ramli, dan Putera
Rosliza bin Kamarazaman saling bergabung untuk membantu Sultan Abd. Halim dalam
memerintah negaranya yang semakin membangun.
Keponakannya, Putera Faizan baru sahaja bernikah dengan
Puteri Thohhira yang datangnya dari Kepulauan Bakhil diberi mandat untuk
menerajui Skuad PSSTUDM bagi intake 24. Kalau terdapat sebuah kerajaan,
pastinya ada hulubalang-hulubalang yang turut mermbantu mereka dalam pentadbiran.
Maka diwujudkan jawatan Bendahara yang dipegang oleh Nur Diyanah. Oleh kerana
duit yang melimpah ruah, Zolkifli turut dilantik untuk melancarkan pengurusan
wang. Ada pula jawatan Syahbandar yang dipegang
oleh Datuk Syahir, Datuk Mutalib, dan Laksamana Sakiinah. Untuk memastikan
kerajaan disini aman tanpa sebarang kekacauan, maka dilantik Panglima Zulfiqar,
Panglima Shahril, Panglima Safwan, Panglima Dzulikram, dan Panglima Ammar
sebagai pengawal istana.
Laksamana Amira yang merupakan ‘Rambo’ dalam kerajaan ini
telah mewujudkan undang-undang tanpa pengetahuan Putera Faizan dan Puteri
Thohhira iaitu sesiapa yang mengulat dengan sengaja-ngajanya, maka semua akan
dipancung elaunnya tanpa rasa belas kasihan. Puteri
Mimi telah diberi ganjaran untuk menjadi penyanyi di istana bagi menghilangkan
kebosanan Sultan, manakala Puteri Maizatul dan Putera Hafiz menyandang jawatan
‘fashion designer’ sebagai setelah
memenangi anugerah Couple of Rock di Kepulauan Madagascar.
Ada pula dayang-dayang istana yang sentiasa menjaga dan
memastikan istana sentiasa ceria dan indah, itulah Dayang Norizan, Dayang Hajar,
Dayang Nisa, dan Dayang Atika. Diwujudkan juga tambahan dayang kerana terlalu
besar istana ini untuk dijaga oleh empat orang dayang. Maka Sultan Abd. Halim
melantik Dayang Sharizad yang berkilau-kilau, Dayang Syaza yang bersinar-sinar,
Dayang Zahrah yang berkedip-kedip, Dayang Hasila yang lemah gemalai. Ada juga
chef-chef yang professional yang dilantik khas untuk menyediakan makanan
enak-enak untuk dihidangkan kepada semua orang di istana yang tersergam indah
ini. Chef-chef yang diimport khas dari negeri Isketambatu yang diketuai oleh
Chef Fauzan, Chef Fatimah, Chef Ayuni, dan Chef Naimah. Atif, Syuhada, dan
Hidayu merupakan orang penting dalam menghidangkan makanan ini kepada Sultan
dan semua Puteranya.
Bagi membuktikan betapa
majunya Negara Kepulauan Air Force ini, maka diceritakan negara ini telah
menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara jiran yang tak berapa nak
dekat dengan Kepulauan Air Force. Maka datanglah pedagang yang bernama Neng Nor
Jamilah dari Negara KeNeng untuk menjual kain sutera, tembikar dan yang sama
waktu dengannya. Pada masa yang sama, datang pula Firdaus dan Shahira dari
Negara Tandoori untuk memperdagangkan kamera yang mereka miliki. Raja segala
kapur di kepulauan ini, Raja Siti Nur Syuhada Al-Baniah turut memperdagangkan
barang dari negara beliau. Kalau ada pedagang, pasti ada orang yang ditugaskan
untuk mengutip cukai yang merupakan pendapatan utama negara ini. Maka Picheatmaitri,
satu-satunya rakyat yang berbangsa Siam untuk mengutip cukai daripada
pedagang-pedagang yang berdagang di Negara ini.
Setelah digambarkan
betapa maju dan membangunnya Negara di tengah-tengah Kepulauan Air Force ini,
habislah sudah cerita yang terlalu panjang berjela-jela ini. Maka, Sultan Abd.
Halim bin Athan pun menyampaikan titah kepada penduduk di Negara ini termasuk
pedagang-pedagang supaya bersatu padu dan berkerja keras untuk memperjuangkan
misi ‘Next Generation’serta cemerlang dalam bidang akademik. Maka seluruh rakyat, pedagang dan pekerja
akur dengan titah Tuanku Sultan Abd.Halim bin Athan kerana itulah lambang
kebijaksanaan dan keutuhan semua rakyat jelata serta Putera dan Puteri
sekalian. Oleh itu, tamatlah sudah cerita ini sesudah sekalian kami
ditauliahkan sebagai Pegawai Muda. Sekiranya semua berjaya, maka akan diadakan
makan malam secara besar-besaran bersama Sultan di Kepulauan UPM pada tahun
2015 nanti. Insyallah, sekian………


No comments:
Post a Comment